1.0 PENGENALAN
Noam
Choamsky merupakan pelopor teori nahu transformasi generatif dalam bidang linguistik. Aliran transformasi
generatif yang dikemukakan oleh Chomsky ini diperkenalkan olehnya melalui
penerbitan sebuah monograf yang bertajuk Syntactic Structure, pada tahun 1957. Sesuai
dengan judulnya, teori ini lebih banyak mengungkapkan konsep-konsep sintaksis,
iaitu prinsip-prinsip dan proses pembentukan kalimat dalam sesebuah bahasa. Pada
tahun 1965, beliau telah memperbaiki dan
menghuraikan teori ini dengan lebih mendalam dan formal melalui bukunya yang
bertajuk Aspec of the Theory of Syntax. Menurut Choamsky nahu terdiri daripada
seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Dalam teori standard tranformasi
generarif seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga
komponen, iaitu sintaksis, semantik, dan fonolagi.
Menurut
model tatabahasa generative pertama (1957) ini, proses pembentukan kalimat
perlu melalui tiga rumus iaitu rumus struktur frasa, rumus tranformasi dn rumus
morfofonemik.apabila ketiga rumus tersebut diterapkan, hasil berupa serangkaan
fonem dalam bahasa yang bersangkutan akan terhasil dan in “direalisasikan” dalam
struktur fonotik berupa ujaran. Aliran fonologi generative menganggap fonoogi
atau struktur bunyi sesuatu bahasa itu sebagai satu system rumus yang
mengambarkan kecekapan fonologi penutur jati yang ideal. Justeru itu, tujuan
utama fonolagi generative ialah memformalisasikan kecekapan intrinsic sesorang penutur sebagai satu system
yang bertanggungjawab
melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.(Farid
1988: 169)
Ahli-ahli
fonolagi generatif telah mengenalpasti perbezaan dasar daripada segi linguistik
mengenai dua maklumat fonetik, iaitu sebahagain daripada realisasi fonetik
sesuatu morfem itu bersifat idiosinkratik, dan sebahagiannya pula bersifat
tetap yang sistematis dalam struktur bunyi sesuatu bahasa itu. Ahli-ahli
fonologi generative mengemkakan dua jenis alat yang dikenali sebagai senarai dan
rumus. Kesemua ciri idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem itu
dsenaraikan dalam representasi leksikal di dalam leksikon. Manakala ciri tetap yang
sistematik dikendalikan oleh rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi
(Kenstowicz 1979:32) komponen fonologi terdiri daripada dua tingkat
representasi iaitu representasi dalaman dan representasi permukaan.
Representasi dalaman mengandungi semua maklumat idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem dalam
ujaran manakala representasi permukaan mengandungi maklumat idiosinkratik serta
maklumat yang boleh diramalkan iaitu yang bersifat nalar dan sistematik.
Rumus-rumus fonologi ini sejajar dengan rumus-rumus transformasi dalam komponen
sintaksis yang berkuasa untuk menambah, menggugur serta mengubah segmen-segmen
tertentu.
Dalam
teori fonologi generative, rumus-rumus fonologi bukan sahaja dinyatakan dalam
bentuk segmen tetapi diformalisasikan dalam dalam entuk fitur distingtif. Oleh
itu, fonem tidak lagi dianggap sebagai unit dasar. Proses fonologi berlaku
apabila sekumpulan segmen yang berada dalam satu kelas alamiah dan bukannya
pada satu segmen secara individu. Dalam teori standard fonologi generative,
rumus-rumus fonologi dilaksanakan mengikut aturan, iaitu satu rumus harus
mendahului rumus yang lain.
LATAR BELAKANG DIALEK KELANTAN
Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari
dialek-dialek di Semenanjung. Selain sebutan baku, dialek Kelantan juga
mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Dialek Kelantan ialah salah satu daripada beberapa dialek bahasa Melayu
yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dan menduduki negeri
Kelantan atau penutur-penutur yang dilahirkan dan bermastautin di sebuah
negeri, di luar negeri Kelantan tetapi mewarisi dialek Kelantan daripada ibu
bapa atau penjaganya yang berasal dari negeri Kelantan.
Dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan
beberapa dialek Melayu yang lain, sehingga ada anggapan bahawa Dialek Kelantan
sebagai satu dialek yang luar biasa dan sukar untuk difahami oleh penutur yang
menggunakan dialek lain (Nik Safiah Karim, 1981). Hal ini ada kebenarannya
kerana terdapat banyak sekali perkataan
atau unsur leksikal dalam dialek Kelantan yang sama sekali tidak wujud dalam
bahasa Melayu atau dalam dialek Melayu yang lain di Semenanjung Malaysia.
Antaranya ialah (1) kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata, (2)
kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa
Melayu, (3) kata-kata daripada bahasa Melayu yang disesuaikan dalam dialek
Kelantan, dan (4) kata-kata yang ada dalam dialek Kelantan tetapi tidak ada
dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2006).
GEOGRAFI DIALEK KELANTAN
Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang terdapat
di Malysia. Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang unik. Dilihat daripada
perspektif sejarah pemerintahan, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di
Tanah Melayu yang diperintah oleh Raja perempuan iaitu Tuan Puteri Cik Siti Wan
Kembang. Oleh sebab itulah sehingga kini Kelantan masih digelar denan nama
Negeri Cik Siti Wan Kembang.Negeri Kelantan terdiri dari beberapa daerah,
seperti juga negeri-negeri lain di Malaysia. Daerah-daerah itu ialah Kota
Baharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Macang, Ulu Kelantan, Pasir Putih dan Bacok.
Bagaimanapun, seperti yang dilihat, pembahagian subdialek-subdialeknya
tidak perlu menurut perbatasan daerah-daerah itu. Ada subdialek yang melampaui
perbatasan daerah-daerah itu, dan ada daerah yang mempunyai lebih dari satu
subdialek.
Di
sekeliling kawasan dialek Kelantan, terdapat kawasan Melayu Thailand (atau yang
lebih yang dikenali sebagai dialek Petani), kawasan dialek Pahang, kawasan
dialek Terangganu dan kawasan dialek Perak. Dengan itu, kita akan dapati bahawa
di kawasan-kawasan sempadan ini terdapat percampuran dialek Kelantan dengan
dialek lain. kawasam Besut di
Terengganu, misalnya, merupakansalah satu contoh yang baik sebagai
kawasan yang memperlihatkan campur aduk ciri-ciri dialek Kelantan dan dialek
Terengganu.
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN
Semasa mempelajari sesuatu bahasa, manusia tidak boleh
lari daripada berbagai-bagai masalah sama ada mempelajari bahasa pertama atau
bahasa kedua. Masalah ini timbul hasil daripada
gangguan yang mungkindihasilkan oleh bahasa ibunda atau dialek itu sendiri.
Kepelbagiaan
dialek Melayu cukup disedari oleh rakyat Malaysia. Hampir setiap negeri di
Malaysia mempunyai dialek setempat masing-masing seperti dialek Terengganu,
dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan dan sebagainya. Kepelbagaian dialek
ini bukan dianggap sebagai satu kelainan malah
telah diterima umum kerana bahasa Melyu telah lama dituturkan dalam
pelbagai ragam dan bentuk.
Subdialek
Kelantan di daerah Kota Bharu dipilih untuk mengetahui beberapa permasalahan kajian iaitu mengapa
hanya konsonan getaran gigi gusi
lelangit keras ‘r’ digugurkan diakhir kata, dan mengapa pengguguran konsonan
geseran gigi gusi ‘s’ digugurkan di akhir kata sahaja dan digantikan dengan
konsonan geseran pita suara ‘h’. Selain
itu, permasalahan kajian yang ketiga ialah megapa penguguran nasal hanya
berlaku di akhir kata dialek Kelantan.
sahaja.
1.2 BAHAN DAN BATASAN KAJIAN
Oleh
sebab kawasan penutur dilek Kelantan agak
luas, maka kajian ini hanya akan dikhususkan kepada dialek Kelantan di
daerah Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan Darul Naim. Dalam kajian ini,
pengkaji mengfokuskan empat rumus dalam Teori Fonologi Generatif. Antara
rumus-rumus tersebut ialah, rumus pengguguran /r/ dan /l/, rumus pembentukan
geseran pita suara tak bersuara /h/, rumus peninggian vokal dan pengguguran
nasal dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
2.0 SOROTAN KAJIAN
Kajian
tentang dialek-dialek Melayu mula dilaksanakan sejak sebelum perang dunia ke-2
lagi. Kajian-kajian awal ini telah diusahakan oleh pengkaji-pegkaji barat yang terdiri
daripada C.C. Brown, Kerron, Barwick,A.J. Sturrock,, K Wulf, Hamilton,
Shellbear dan beberapa orang lagi. Sebagai contoh C.C.Brown menerbitkan
“Kelantan Malay” pada tahun 1927 (Abdul Hamid Mahmood, 1977: 34).
Zahrani
Ahmad (1993) menyentuh Teori Fonologi Generatif dalam kajian beliau yang
melihat kepada dialek Kelantan ,dialek Kedah, dialek Melayu Perak dan
lain-lain. Dalam kajian ini, kajian fonologi menjadi teras kepada penghuraian
dan analisis data. Dalam kajian tersebut, beliau telah menjelaskan mengenai
rumus-rumus yang terdapat dalam pelbagai dialek berdasarkan Teori Fonologi
Genenratif. Terdapat sembilan bab yang terkandung dalam buku beliau yang berjudul Fonologi
Generatif
Selain
itu, Hashim Musa (1975) juga telah membuat kajian tentang “ Morfologi Dialek
Kelantan” dalam penulisannya “ Morfomik Dialek Kelantan” dengan menggunakan
kaedah lapangan. Dalam kajian ini, beliau telah melihat proses morfomik yang
berlaku dalam dialek Kelantan. Hasil kajiannya mendapati proses morfofonemik
seperti penghilangan fonem banyak berlaku dalam dialek Kelantan. Contohnya
dalam kata /kәdε/ , diftong /ai/ dihilangkan dan digantikan dengan fonem vocal
/ε / menjadi / kәdε /. Di samping itu, beliau juga memberi huraian tentang
alamof bebas, alomof terikat dan proses morfofonemik yang tedapat dalam dialek
Kelantan. Satu kajian tentang morfologi dialek Terengganu pernah diusahakan
oleh Abdul Hamid Mahmood (1990:217). Beliau telah membuat kajian tersebut
dengan membandingkan morfologi dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku.
Menurut beliau truktur morfem terikat dalam dialek Kelantan, iaitu berbeza
daripada struktur bahasa Melayu baku.
Ton
Ibrahim (1974) dalam tesis sarjananya yang bertajuk “ Morfologi Dialek Kedah”
juga telah menghuraikan dengan terperinci tentang morfologi dialek Kedah. Dalam
kajian tersebut, beliau cuba melihat penggunaan morfem terikat dalam dialek
Kedah. Selain itu, beliau juga telah mengkaji proses penggandaan dialek. Hasil
kajiannya mendapati morfem terikat dalam dialek Kedah terbahagi kepada dua
iaitu morfem terikat bendaan dan morfem terikat karyaan. Proses penggandaan
penggandaan pula terbahagi kepada empat, iaitu penggandaan kata selapis,
penggandaan kata berlapis, penggandaan seluruh kata selapis dan penggandaan
seluruh kata berlapis.
Bukan
itu sahaja, Abdul Hamid Mahmood (1981), membuat tumpuan terhadap dialek
Kelantan. dalam kajian itu beliau menyatakan dialek Kelantan dituturkan oleh
penduduk-penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Pahang,
Kelantan-Terengganu, dan beberapa daerah wilayah Thailand Selatan seperti
Sungai Golok, Narathiwat, Yala, dan Patani (1977:9). Dalam membandingkan dialek
Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku, beliau menyatakan terdapat beberapa
kelainan yang ketara, antaranya: fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikal.
Ismail
Hussein (1973) telah mengkaji dialek berdasarkan kepada kelainan leksikal dan
fonetik. Beliau telah membuat pembahagian tentang dialek Semenanjung Malaysia
kepada wilayah Patani (Selatan Thailand) dan daerah Johor. Mengikut beliau,
dialek Kelantan atau Terengganu, pedalaman Kedah dan pedalaman Perak Utara
termasuk ke dalam golongan pertama, sementara seluruh Johor, Melaka, Selangor
dan Perak Tengah pula termasuk dalam golongan kedua. Dialek Pahang pula adalah
campuran daripada kedua-dua golongan tadi, manakala dialek Negeri Sembilan dan
Kedah persisiran merupakan satu dialek yang tersendiri (Ismail Hussein, 1973:
74).
Selain
itu, Abdul Karim Ismail (1971) telah mengkaji dialek Kedah dalam tulisan
ilmiahnya yang bertajuk “Dialek Baling- Sifat-sifat Umum dan Kumpulan Teks”.
Dalam kajiannya, Abdul Karim Ismail telah menunjukkan kelainan dialek Baling
dengan dialek Kedah yang lain. Beliau telah membuktikan ciri-ciri persamaan
dialek Baling dengan dialek Kelantan dari segi fonologinya. Dalam kajiannya,
beliau telah memuatkan sifat umum dialek Baling dan juga perbandingan dialek
ini dengan dialek standard Kedah secara keseluruhan. Beliau telah
memperlihatkan latar belakang geografi dan varian-varian bahasa Melayu dialek
Kedah serta kedudukan dialek Baling dalam variasi tersebut
3.0 METODOLOGI
Kajian
ini menggunakan Teori Transformasi Generatif. Menurut Ahmad Mahzab Ayob
(1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap sau objektif atau
penyelidikan itu hendak dicapai. Hasil kajian merupakan pengumpulan maklumat
serta data terbaru yang berkaitan dengan tinjauan yang dibuat.
Oleh
itu, bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan penyelidikan
denan dua cara iaitu mengunakan kaedah keperpustakaan dan pemilihan informan.
Kaedah kepustakaan
Kaedah
keperpustakaa ini digunakan untuk mengetahui sesuatu kajian lepasyang berkaitan
dengan konteks kajian ini. Di samping itu juga, kaedah ini dapat digunakn untuk
mendapatkan sebanyak mungkin dapatan yang berkaitan dengan tajuk dan masalah
penyelidikan yang lepas.
Prose
medapatkan maklumat yang berkaitan dengan permasalahan kajian tertumpu pada
pambacaan dan rujukan terhadap buku, jurnal-jurnal, makalah, artikel- artikel
tentang dialek Melayu terutamanya dialek Kelantan dan sebagainya. Semua
maklumat yang diperolehi digunakan untul menulis kajian-kajian yang berkaitan.
Untuk ini, pengkaji telah membuat penyelidikan di Perpustakaan Univiersiti
Malaysia.
Kaedah Informan
Dalam
menentukan informan, sekurang-kurangnya lima orang informan telah dipilih untuk
mewaliki kawasan daerah Kota Bharu. Pemilihan terhadap informan ialah
berdasarkan pada factor bahawa informan itu dapat mewakili bentuk pertuturan di
kawasan kelahirannya, iaitu Kota Bharu. Selain itu, factor jantina, umur dan pendidikan
juga perlu dititikberatkan dalam memilih informan ( Ajid Che Kob, 1985:32).
Dalam kajian ini , pengkaji telah memilih lima orang informan untuk ditemu
bual.
4.0
HASIL KAJIAN
Rumus pengguguran
geseran lelangit lembut bersuara /ɣ/ dan pengguguran sisian tak bergeser gigi gusi /l/.
Pengguguran geseran lelangit lembut
bersuara /ɣ/.
Dalam
dialek Kelantan tidak terdapat bunyi
getaran gigi gusi lelangit keras / r /, tetapi digantikan dengan bunyi geseran lelengit lembut bersuara /ɣ/ yang
hadir pada akhir kata dalam dialek Kelantan digugurkan. Contohnya:
/
biar / [bi. ja ]
/
sabar / [ sa.ba ]
/
tǝlᴐr / [ te. lᴐ ]
/
sǝmbur / [ sem. bᴐ ]
/
ular / [ u. la ]
/
bakar / [
ba.ka ]
Berdasarkan contoh-contoh di
atas, terbukti bunyi / ɣ/ di dalam dialek Kelantan digugurkan apabila berada di
akhir kata. Misalnya, penutur dialek
Kelantan menyebut /ular/ sebagai /ula/. Namun apabila /ɣ / berada di tengah
suku kata perkatan dan di awal suku kata
dalam dialek Kelantan, bunyi tersebut tidak pula digugurkan.
Contoh-contoh berikut membuktikan penyataan ini:
Bunyi
/ɣ/ di tengah suku kata:
/ utara /
[ u. ta.ɣᴐ ]
/ bidadari / [ bi. da. da.ɣi ]
/ parut / [ pa.ɣᴐɁ]
/ waris / [ wo. ɣeh ]
/ sǝrigala / [ sә.ɣ i. ga. lᴐ ]
/ sǝraj / [ sә. ɣa ]
Penutur dialek Kelantan
menyebut perkataan / sǝraj/ sebagai /sera/. Konsonan / r / di dalam
perkataan / sǝraj / tidak digugurkan.
Bunyi / ð / di
awal suku kata:
/ ramah / [ ɣa.mᴐh ]
/ rasa / [ ɣa. sᴐ ]
/risalah / [ɣi.
sa. lᴐh ]
/ rosak / [ ɣᴐ. sᴐɁ]
/ rumah / [ ɣu .moh ]
Rumus
pengguguran sisian tak bergeser gigi gusi /l/.
Rumus
pengguguran / l / menggugurkan bunyi konsonan sisian tak bergeser gigi gusi / l
/ apabila berada di akhir kata. Hal ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh
berikut:
/
mahal / [ ma. ha ]
/
kapal / [ka. pa ]
/
tǝbal / [ tǝ. ba ]
/
halal / [ha. la ]
/
amal / [ a.ma ]
/
jual / [ʤu. wa ]
Pengguguran
/ l / di dalam perkataan dialek Kelantan ini hanya berlaku di akhir kata
sahaja. Misalnya penutur dialek Kelantan menyebut perkataan / halal / sebagai /
hala /. Konsonan / l / di akhir kata di dalam perkataan / halal / digugurkan. Bunyi
/ l / akan kekal apabila berada di awal atau di tengah suku kata. Contoh-
contoh berikut membuktikan hal ini:
Bunyi / l / di
tengah suku kata
/malam
/ [ ma. lε ]
/
malas / [ ma lah ]
/
lalat / [ la. laɁ ]
/ kalau
/ [ ka. lu ]
/
pulau / [pu. la ]
/
pilih / [ pi.leh ]
/ tulis / [ tu. leh ]
Bunyi / l / di awal kata
/
lari / [ la.ɣ i ]
/
lapar /
[ la. pa ]
/ lepak /
[ lε. poɁ]
/lepas
/
[ lә. pah ]
/ lipan / [ li. pε ]
/
limau/ [ li.ma ]
/
lulus / [ lu. luh ]
Daripada contoh di atas,
simplifikasi rumus pengguguran geseran lelangit bersuara dan pengguguran sisian
tak bergeser gigi gusi adalah seperti berikut :
r
Ø
/ #
l
atau
dalam notasi fitur sebagai,
+
sonorant
-silabik
Ø
/ #
-
nasal
Rumus di atas
bermaksud / ɣ / dan / l /akan digugurkan
apabila berada di akhir kata sahaja. Manakala
/ɣ/ dan / l / yang berada di awal
kata atau di tengah kata tidak digugurkan. Misalnya perkataan / sabar / disebut / sa. ba / oleh
penutur dialek Kelantan. Konsonan / r /
yang berada di akhir kata dalam
perkataan / sabar / digugurkan .
Bagi pengguguran sisian tak bergeser gigi gusi, contoh perkataan yang mempunyai
konsonan / l / di akhir kata ialah /
mahal /. Penutur dialek Kelantan menyebut / mahal / sebagai / ma.ha /. Konsonan / l / di akhir perkataan
tersebut digugurkan.
Proses
pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/.
Dialek
Kelantan di daerah Kota Bharu mengalami penguguran proses pembentukan geseran
pita suara tidak bersuara /h/ apabila geseran gigi-gusi tidak bersuara /s/ berada di akhir kata. Terdapat beberapa
perkataan yang membuktikan bahawa berlakunya proses tersebut dalam dialek
Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh
perkataan:
/kǝras/ [kǝ.ɣah]
/malas/ [ma.lah]
/habis/ [ha.bih]
/manis/ [ma.nih]
/tulus/ [tu.luh]
/halus/ [ha.luh]
/boros/ [bᴐ.ɣᴐh]
Berdasarkan
contoh di atas, konsonan geseran /s/ berubah menjadi apabila /s/ berada di akhir
kata. Contohnya seperti perkataan /kǝras/ berubah menjadi /kəɣah/. Penutur
dialek Kelantan yang tinggal di daerah Kota Bharu menyebut /kəras/ sebagai /kǝ.ɣah/
kerana perkataan tersebut telah mengalami rumus seperti berikut:
s h
/ _ #
Rumus
di atas bermaksud konsonan geseran /s/ direalisasikan sebagai /h/ apabila /s/
berada di akhir kata. Daripada contoh yang diberikan ternyata dialek Kelantan
telah mengalami proses /s/ menjadi /h/ disebabkan oleh rumus tersebut. Hal ini
kerana berlakunya proses pembentukan geseran pita suara.
Berlakunya
proses tersebut dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu dapat dibuktikan kerana
terdapat perkataan yang dimulakan dengan geseran /s/ tidak mengalami perubahan.
Hal ini kerana proses tersebut berlaku apabila geseran /s/ berada di akhir
kata, bukannya di awal kata ataupun di tangah kata.
Contoh
perkataan:
/pasar/ [pa.sa]
/masak/ [ma.sᴐɁ]
/busuk/ [bu.suɁ]
/masin/ [ma.sǝɳ]
/hasut/ [ha.suɁ]
/hasil/ [ha.se]
/pasir/ [pa.se]
Contoh
di atas membuktikan bahawa proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara
/h/ tidak berlaku apabila /s/ berada di tengah kata. Hal ini kerana proses
tersebut hanya berlaku apabila /s/ berada di akihr kata sahaja. Sebagai contoh,
penutur dialek Kelantan di daerah Kota Bharu menyebut perkataan /pasar/ sebagai
/pa.sa/. Hal ini jelas membuktikan bahawa geseran gigi-gusi tidak bersuara /s/
tidak berubah menjadi /h/ apabila /s/ berada di tengah kata.
Bukan
itu sahaja, terdapat juga perkataan dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu
yang menunjukkan bahawa /s/ tidak mengalami proses tersebut seperti perkataan
yang terdiri daripada suku kata akhir tertutup.
Contoh
perkataan:
/sastǝra/ [sas.tɣa]
/askar/ [as.ka]
/asli/ [as.li]
/pasti/ [pas.ti]
Berdasarkan
contoh di atas, jelas membuktikan bahawa tidak berlaku proses pembentukan
geseran pita suara tidak bersuara /h/ apabila /s/ berada pada suku kata akhir
tertutup. Penutur dialek Kelantan daerah Kota Bharu menyebut perkataan
/sastǝra/ sebagai /sas.tɣa/.
p
t Ɂ / _ k
k
Rumus
di atas menunjukkan bahawa konsonan /p/, /t/, /k/ direalisasikan sebagai
hentian glotis apabila berada di akhir suku kata tertutup dalam dialek Kelantan
daerah Kota Bharu.
-silabik
-kontinuan Ɂ / _k $
-suara
Rumus
di atas adalah berbeza pembentukan glotis kerana bertukar di suku kata tertutup
yang lain.
Selain
itu, proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ juga tidak
berlaku apabila /s/ berada di awal kata dalam dialek Kelantan daerah Kota
Bharu.
Contoh
perkataan:
/sudah/ [su.dᴐh]
/susu/ [su.su]
/sǝraj/ [sǝ.ɣa]
/sǝnaɳ/ [sǝ.naɳ]
/sihat/ [se.haɁ]
/sikat/ [si.kaɁ]
/sahaja/ [sa.ʤᴐ]
/sakit/ [sa.keɁ]
Berdasarkan
contoh di atas, dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu tidak mengalami proses
pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ apabila /s/ berada di awal
kata. Penutur dialek Kelantan menyebut /sudah/ sebagai /sudoh/ bukannya
/hudoh/. Hal ini kerana proses tersebut hanya berlaku apabila /s/ berada di
akhir kata sahaja. Contoh di atas juga dapat membuktikan lagi bahawa dialek Kelantan
tidak mengalami proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/
apabila geseran /s/ berada di di awal kata ataupun di tengah kata.
Peninggian
vokal dan pengguguran nasal.
Rumus
pengguguran nasal menggugurkan
bunyi konsonan nasal apabila berada di akhir kata . Hal ini dapat dibuktikan
dengan contoh-contoh yang berikut:
Contoh
perkataan:
/makan / [ma.kɛ]
/malam/ [ma.lɛ]
/malang/ [ha.lɛ]
/tangan/ [ta.ŋɛ]
/dalam/ [da.lɛ]
Dalam
dialek Kelantan daerah kota Bharu , vokal /a/ akan berubah menjadi /ɛ/
apabila diikuti oleh nasal. Contohnya penutur dialek Kelantan daerah Kota
Bharu menyebut perkataan /makan/ sebagai /ma.kɛ/. Hal ini kerana ia telah mengalami rumus peninggian vokal. Rumus berikut menerangkan pernyataan di atas:
a → ε
/ _ [+NAS] #
Selepas
mengalami rumus peninggian vokal, perkataan ini akan mengalami rumus
pengguguran nasal pula. Pengguguran nasal akan digugurkan diakhir kata apabila
didahului oleh vokal /ɛ/ iaitu:
[+NAS] → Ø /ɛ _ #
Terdapat
juga contoh yang membuktikan penggunaan nasal di tengah kata tidak digugurkan
dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh
perkataan:
/lambat/ [lam.baɁ]
/sǝmbur/ [sem.bɔ]
/amal/
[a.ma]
/landak/ [lan.dɔɁ]
/munasabah/ [mǝ.na.sa.bɔh]
/masa/
[ma.sɔ]
/tangga/ [taŋ.gɔ]
Dalam
dialek Kelantan daerah Kota Bharu penggunaan nasal tidak digugurkan apabila
berada di tengah kata, penutur dialek Kelantan daerah kota bharu menyebut
perkataan /lambat/ sebagai /lam.baɁ/. Hal ini kerana penggunaan nasal tidak
digugurkan apabila berada ditengah kata.
Seterusnya
terdapat juga contoh yang membuktikan bahawa penggunaan nasal diawal kata tidak
digugurkan dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh
Perkataan:
/manis/ [ma.nih]
/masam/ [ma.sɛ]
/malas/ [ma.lah]
/nanti/ [na.ti]
/mandi/ [man.di]
/nganga/ [ŋa.ŋɔ]
/nyamuk/ [ɲa.mɔɁ]
/nyanyi/ [ɲa.ɲi]
Dalam
dialek Kelantan daerah kota Bharu penggunaan nasal juga tidak digugurkan apabila berada di awal
kata, penutur dialek Kelantan daerah Kota Bharu contohnya menyebut perkataan /mahal/ sebagai /maha/. Hal ini
kerana penggunaan nasal tidak akan digugurkan apabila berada diawal kata.
5.0 KESIMPULAN
Melalui perbincangan di
atas, dapatlah dirumuskan bahawa dialek Kelantan mengalami rumus- rumus teori
transformasi generatif yang menerangkan mengenai proses perubahan sebutan
setiap dialek yang terdapat di Malaysia. Gagasan bentuk dalaman yang sama bagi
semua dialek yang berhubungan ini telah menghuraikan faktor penutur sesuatu
dialek Melayu itu berkemampuan untuk memahami penutur dialek Melayu yang lain.
Berdasarkan masalah
kajian yang dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa rumus-rumus transformasi
generatif telah menyelesaikan masalah terhadap permasalahan kajian ini.
Permasalahan kajian seperti mengapa hanya konsonan getaran gigi gusi lelangit
keras /r/ digugurkan apabola berada diakhir kata dan tidak diawal atau ditengah kata. rumus pengguguran geseran
lelengit lembut bersuara telah menyelesaikan masalah ini dengan disertakan
contoh-contoh yang membuktikan pernyataan tersebut. Permasalahan kajian yang
kedua dapat diselesaikan berdasarkan rumus pembentukan geseran pita suara tak
bersuara /h/. Permasalahan ini dapat
diselesaikan kerana terdapat perkataan
dalam dialek Kelantan daerah Kota
Bharu mengalami proses yang membuktikan bahawa pembentukan geseran pita suara
tak bersuara /h/ hanya berlaku apabila geseran gigi-gusi tak bersuara /s/
berada diakhir kata sahaja. Seterusnya,
permasalahan kajian yang ketga dapat diseleaikan dengan pengunaan rumus
peninggian vokal diikuti dengan pengguguran nasal.
BIBLIOGRAFI
Zaharani Ahmad 1993. Fonologi Generatif : Teori dan
Penerapan
Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur atau
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad 1989. Dialektologi Generatif dan
Kepelbagaian Dialek Melayu
Dewan
Bahasa.
Asmah haji
Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Farid M. Onn 1982. Beberapa
Persoalan Atur Rumus dalam Fonologi Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim 1988. Linguistik Tranformasi
Generatif : Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
LAMPIRAN
Peta
Negeri Kelantan
Responden
A
Pengguguran /r/
/biar/ [bi.ja]
/sabar/ [sa.ba]
/ular/ [u.la]
Pengguguran
/l/
/kapal/ [ka.pa]
/tǝbal/ [tǝ.ba]
/halal/ [ha.la]
Pembentukan
geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/ [ma.lah]
/kǝras/ [kǝ.ɣah]
/halus/ [ha.luh]
Pengguguran
nasal
/malam/ [ma.lɛ]
/hitam/ [hi.tɛ]
/dalam/ [da.lɛ]
Responden
B
Pengguguran /r/
/biar/ [bi.ja]
/sabar/ [sa.ba]
/ular/ [u.la]
Pengguguran
/l/
/kapal/ [ka.pa]
/tǝbal/ [tǝ.ba]
/halal/ [ha.la]
Pembentukan
geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/ [ma.lah]
/kǝras/ [kǝ.ɣah]
/halus/ [ha.luh]
Pengguguran
nasal
/malam/ [ma.lɛ]
/hitam/ [hi.tɛ]
/dalam/ [da.lɛ]
Responden
C
Pengguguran /r/
/biar/ [bi.ja]
/sabar/ [sa.ba]
/ular/ [u.la]
Pengguguran
/l/
/kapal/ [ka.pa]
/tǝbal/ [tǝ.ba]
/halal/ [ha.la]
Pembentukan
geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/ [ma.lah]
/kǝras/ [kǝ.ɣah]
/halus/ [ha.luh]
Pengguguran
nasal
/malam/ [ma.lɛ]
/hitam/ [hi.tɛ]
/dalam/ [da.lɛ]
Responden
D
Pengguguran /r/
/biar/ [bi.ja]
/sabar/ [sa.ba]
/ular/ [u.la]
Pengguguran
/l/
/kapal/ [ka.pa]
/tǝbal/ [tǝ.ba]
/halal/ [ha.la]
Pembentukan
geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/ [ma.lah]
/kǝras/ [kǝ.ɣah]
/halus/ [ha.luh]
Pengguguran
nasal
/malam/ [ma.lɛ]
/hitam/ [hi.tɛ]
/dalam/ [da.lɛ]
Responden
E
Pengguguran /r/
/biar/ [bi.ja]
/sabar/ [sa.ba]
/ular/ [u.la]
Pengguguran
/l/
/kapal/ [ka.pa]
/tǝbal/ [tǝ.ba]
/halal/ [ha.la]
Pembentukan
geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/ [ma.lah]
/kǝras/ [kǝ.ɣah]
/halus/ [ha.luh]
Pengguguran
nasal
/malam/ [ma.lɛ]
/hitam/ [hi.tɛ]
/dalam/ [da.lɛ]